Library Skill (Petary)

Salam sejahtera dan salam UNIMAS ku gemilang..

  Pada kali ini saya akan kongsikan sub topik yang seterusnya iaitu (Library Skill).

  Seperti yang diketahui, setiap universiti mempunyai kemudahan yang dapat memudahkan setiap pelajar, sebagai contoh kemudahan perpustakaan. Di UNIMAS terdapat Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’akub atau lebih dikenali sebagai PeTARY yang mempunyai keluasan bangunan seluas 22,600 meter persegi dan mempunyai 5 aras. PeTaRY boleh memuatkan 2500 pengguna pada satu masa.



waktu operasi PeTARY.

    PeTARY menyediakan Social Hub yang terletak di sebelah luar auditorium. Ia merupakan ruangan interaktif dan sosial kepada pengguna dan boleh makan dan minum di ruangan ini. Selain itu, PeTARY menyediakan Student Lounge kepada pelajar dan dibuka mengikut waktu operasi PeTARY. Auditorium PeTARY juga sering digunakan aktiviti seperti seminar, conferences, dan latihan serta memuatkan seramai 150 orang dalam satu-satu masa. Diingati juga, pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di PeTARY.

Ruangan Social Hub.

Ruangan Auditorium.

 PeTARY juga menyediakan perkhidmatan LibrARY One Search untuk mendapatkan status dan lokasi bahan bercetak dalam koleksi PeTARY, ia disediakan di setiap aras. Pelajar juga boleh melayari laman sesawang untuk mengakses LibrARY One Search di www.library.unimas.my. Makmal Komputer Santubong juga disediakan yang terletak di aras G PeTARY yang digunakan untuk aktiviti seperti latihan, kelas, bengkel dan peperiksaan.

Ruangan LibrARY One Search.

Makmal Komputer Santubong.

    Pada 25 November 2020, Puan Dayang Asmah telah membuat aktivti bersama kami berkenaan searching skills dengan menonton video yang telah diberikan. Video tersebut dapat memberikan kami cara- cara untuk mengakses LibrARY One Search dan membuat pinjaman dalam koleksi PeTARY dengan lebih terperinci.


Laman sesawang LibrARY One Search

sekian, terima kasih..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Reflection ( Mengenai Diri)

Meeting with Acedamic Advisor

Academic Writing