Ceramah Mental & Health

 Assalamualaikum dan salam sejatera, diharap semuanya dalam keadaan sihat sentiasa.

    Pada kesempatan ini saya ingin kongsikan kepada semua tentang ceramah yang telah diadakan pada 11 November 2020 melalui platform Webex Meet iaitu “Ceramah Mental Health”.


Ceramah Mental & Health melalui Webex Meet.

    Ceramah ini diadakan untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar UNIMAS tentang kesedaran untuk menjaga kesihatan dari segi mental dan fizikal. Kesihatan sering diabaikan oleh masyarakat terutama bagi golongan pelajar. Pelajar yang mempunyai kekangan masa yang terlalu sibuk menyiapkan assignment sehingga terlupa akan kesihatan sendiri.

    Dalam ceramah ini, banyak sekali pengalaman dan ilmu baru yang saya perolehi selaku pelajar baharu tahun ini. Antaranya, kurang kesedaran dalam golongan pelajar untuk menjaga kesihatan terutama dari segi fizikal dan mental sehingga boleh menyebabkan perkara diluar jangkaan seperti kemurungan dan tekanan. Kesannya, dari sudut akademik pelajar akan merosot dan psikologi pelajar akan terganggu.

Insomia boleh berlaku kepada pelajar

    Oleh itu, ceramah ini telah memberikan pendedahan kepada pelajar bahawa pentingnya menjaga kesihatan dan implikasinya. Jadi, penjagaan kesihatan dengan betul dan perlu diterapkan dalam kehidupan seharian supaya masyarakat hidup dalam keadaan sihat dan tenteram terutama bagi pelajar.


sekian, terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Reflection ( Mengenai Diri)

Meeting with Acedamic Advisor

Academic Writing