Reflection ( Mengenai Diri)
Assalamualaikum dan salam ibu pertiwiku
Terlebih dahulu, syukur ke hadrat ilahi atas segala limpah kurniaNya diberikan peluang kepada saya untuk mengarang penulisan mengenai diri saya ini. Diharapkan melalui coretan ini, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara saya dengan pelajar-pelajar sekalian. Tujuan blog ini diciptakan untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai diri saya dan pengalaman yang saya perolehi dalam subjek Softskills and Basic Volunteerism (PPD1104).
Diawal bicara saya ingin memperkenalkan diri saya kepada semua. Nama sebenar ialah Mohamad Adzlizan bin Adenan. Lebih mesra dipanggil Lan. Saya berasal dari anak jati Sarawak, Kota Samarahan dan dilahirkan di Klinik Kesihatan Kota Samarahan. Saya kini berumur 20 tahun dan melanjutkan pelajar di UNIMAS.
Setiap individu mesti mempunyai matlamat hidup dan cita-cita, begitu juga saya, saya ingin menjadi arkitek yang berjaya suatu hari kelak. Matlamat hidup saya pula, ingin menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat Insya Allah. Mungkin ianya seperti cliche didengar, tetapi saya mempunyai persepsi yang tersendiri untuk mencapai matlamat hidup dan juga cita-cita saya nanti. Selain itu, hobi saya tidak kurang menariknya juga, kalau ada masa terluang saya selalu bermain game dan juga membeli belah.
Dari aspek akedemik pula, saya dahulu bersekolah di SMK Hajjah Laila Taib dan melanjutkan pelajaran Tingkatan Enam di SMK Asajaya. Allamdulillah walaupun keputusan STPM saya tidak mencapai kehendak saya. Saya amat bersyukur apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan mengambil jurusan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan)iaitu dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan selama 6 semester (3 tahun).
Setakat itu sahaja mengenai diri saya, seterusnya saya akan memulakan perkongsian mengenai tujuan utama saya membuat blog ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang subjek yang saya pelajari iaitu PPD1041 mengenai (Softskills and Basic Volunteerism).
Tidak seperti tahun sebelumnya, akibat daripada penularan wabak COVID-19 ini, kami terpaksa membuat perjumpaan secara atas talian (class online) bersama dengan pensyarah kami iaitu Puan Dayang Asmah binti Awang Hamdan. Subjek ini tidak berat untu kami pelajari. Hal ini kerana ia dapat memupuk semangat kesukarelawan dalam masyarakat dan alam sekitar. Kemudian, kami diberi pendedahan mengenai subjek ini pada hari pertama perjumpaan sehingga Puan Dayang Asmah memberi tugasan (eportfolio) ini kepada kami.
Setakat itu sahaja perkongsian saya mengenai subjek ini. Diharapkan dengan coretan ini, ianya dapat dijadikan sumber rujukan atau bahan ilmiah kepada pelajar yang akan mengambil subjek ini kelak.
Sekian terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan